Buku-buku Kerohanian

Al-Quran Terjemahan Perkata Al-Hidayah ini juga dikenali sebagai Al-Quran Tafsir Perkata Tajwid Berkod.Al-Quran ini dikeluarkan di Indonesia dan telah berada di pasaran Malaysia pada tahun 2010. Dinamakan juga Al-Quran Terjemahan 7 dalam 1 kerana ia mempunyai:

  • Tafsir bagi setiap perkataan
  • Asbabun Nuzul ( Sebab-Sebab Diturunkan Ayat Al-Quran)
  • Hukum Tajwid Berkod 1 Hingga 5 Dan Penerangan Tentang Hukum Tajwid
  • Terjemahan Ayat Penuh
  • Tafsiran Ayat
  • Kaedah Untuk Menghafaz Al-Quran Bagi Orang Awam
  • Indeks Al-Quran

Daripada segi kelebihan, Al-Quran ini boleh kita jadikan sebagai rujukan dan salah satu alternatif bagi kita untuk mempelajari bahasa Arab dan memahami segala maksud ayat-ayat Al-Quran dengan mudah.

Saiz : 21x 29 cm
Penerbit : Kalim
Harga : Rm 90.00 (Hard Cover)

a) Mempunyai terjemahan bagi setiap perkataan.

b) Disertakan dengan asbabun nuzul @ sebab-sebab diturunkan ayat al-quran.

c) Terjemahan dirujuk daripada kitab tafsir yang muk’tabar ( diakui ) dan disemak oleh ulama-ulama yang mempunyai kepakaran dalam bidang tafsir Al-Quran.

d) Ditambah dengan terjemahan daripada Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada terjemahan Al-Quran.

e) Mendapat pengesahan daripada KDN (Tahsih KDN).

f) Percuma sebuah tas ( beg ) Al-Quran.

Sangat sesuai dijadikan sebagai panduan dalam usaha kita untuk memahami maksud bagi setiap perkataan yang terdapat dalam Al-Quran.


Harga   : RM 110.00
Saiz      : A5

Buku Ensiklopedia Solat (TERBARU !!!)

Sebuah buku yang mengabungkan semua bab solat yang terperinci dengan penerangan mengabungkan Fekah, Falsafah, Sejarah dan Saintifik. Sangat berbeza dari buku solat lain kerana ianya di hasilkan dalm bentuk ‘ensiklopedia’ yang mana setiap topik dikupas secara mendalam dan cara susunan topik mengikut huruf abjad. Jika topik tersebut bermula dengan huruf A maka ia akan berada di halaman hadapan sampailah topik tersebut huruf Z maka halamannya di belakang.

Keistimewaan Buku Ini

  •  Dilengkapi dengan peta minda, gambarajah, jadual, carta dan ilustrasi yang menarik.
  • Cara penyampaian yang mesra dan senang untuk difahami.
  • Dimasukkan sekali dengan hadis sahih beserta matannya sekali bagi memantapkan setiap topik yang di bincangkan.
  • Setiap topik akan di beri pandagan yang berbeza dari segi pandangan syarak dan pandangan saintifik.
  • Tajuk yang dikupas pula mempunyai istilah yang berbeza. Contohnya maksud solat dari segi bahasa dan maksud solat dari syarak. 
  • Mengupas tentang sejarah yang berkaitan dengan solat contohnya sejarah solat menjadi 5 waktu, sejarah Azan dan banyak lagi.
  • Setiap penerangan solat sunat pula di lengkapi gambar yang jelas bermula dari niat sampai salam.
  • Disertakan bacaan lengkap serta maksud bagi setiap bacaan dalam solat.
  • Jenis-jenis air yang boleh diguna untuk wuduk dan pandangan saintifik mengapa air di guna sebagai wuduk bukan cecair lain.
  • Kupasan lanjut dalam bab Taharah (Bersuci).
  • Bab permasalahan wanita seperti Haid, Nifas dan Istihadah.
  • Bab Mandi Sunat.
  • Penentuan arah kiblat mengikut cara traidisional dan cara moden.
  • Doa-doa harian.

dan pelbagai lagi bab-bab yang di kupas.

Penerbit                  : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga di Malaysia      : RM 100.00

Buku Bimbingan Mukmin


Buku Bimbingan Mukmin ini adalah terjemahan daripada sebuah kitab berbahasa Arab yang berjudul Mauizatul Mukminin ringkasan daripada kitab terkenal Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali.


KEISTIMEWAAN BUKU INI

Ulasan yang dikupaskan dalam buku ini sangat mendalam dengan kandungannya bagaikan mutiara ,membicarakan segenap persoalan hidup merangkumi:


  • Bab Ibadah
  • Bab Adab
  • Bab Akhlak
  • Bab Muamalah ( Jual Beli )
  • Bab Munakahat ( Perkahwinan )
Antara Kandungan Yang Menarik dalam Buku ini ialah:-
  • Mengupas secara mendalam berkaitan bab ibadah seharian kita seperti solat, puasa,zakat dan banyak lagi.
  • Penerangan yang di sertakan dengan hadis sahih dan keterangan melalui  al-quran
  • Mengulas bab akhlak mengikut syariah seperti sikap sabar, menghilangkan sikap marah, hilangkan dengki dan banyak lagi akhlak yang baik dan kelebihan kita mengamalkannya mengikut islam.
  • Mengupas adab-adab dalam islam seperti adab makan, adab tidur, adab dengan tetamu, adab dengan ibubapa, adab dalam majlis dan lain-lain lagi.
  • Menerangkan hukum jual beli dalam islam seperti halal haram perniagaan, hukum riba, akad jual beli, dan cara perniagaan islam.
  • Mengupas secara terperinci bab perkahwinan seperti syarat wali, syarat saksi, hak suami/isteri dan banyak lagi.
Buku ini juga turut mengandungi nasihat-nasihat kearah memartabatkan syaksiah menjadi seorang Muslim Mukmin dengan mengikuti jalur-jalur panduan yang digariskan oleh Allah swt dan Rasul-Nya.

Disamping itu, ringkasan ini juga turut memaparkan kaedah-kaedah latihan penghindaran diri dari akhlak yang kurang baik dan penyakit-penyakit hati serta kaedah mendekatkan diri kepada Allah swt sehingga kita akan merasakan bahawa kitalah hamba -Nya yang paling akrab dan hampir kepada-Nya.


Dapatkan buku ini bagi membimbing diri kita dan keluarga menjadi lebih cemerlang dari semua aspek sahsiah diri. Insyaallah.

Penyusun : Ustaz Johari Yaman & Ustaz Azahari
Penerbit   : Nadi Minda Resources
Ketebalan : 969 Muka Surat (Hard Cover)
Harga : RM 95.00

Keistimewaan Buku Ini :

  • Mengupas sejarah perkembangan Islam seperti Sejarah Permulaan Azan, Sejarah Permulaan Puasa, Sejarah Permulaan Zakat dan sebagainya.
  • Mukjizat-mukjizat Rasulullah.
  • Sifat-Sifat Dan Keperibadian Nabi Saw.
  • Zikir-Zikir Dan Doa-Doa Amalan Rasulullah Saw.
Antara Kisah-Kisah Yang Menarik Terdapat Dalam Buku Ini:
  • Rahsia Disebalik Pemilihan Tanah Arab Sebagai Titik Permulaan Islam
  • Peristiwa Disebalik Jibril Membelah Dada Nabi Muhammad saw
  • Permulaan Penurunan Wahyu Kepada Nabi Muhammad saw
  • Peristiwa Disebalik Kisah Nabi Muhammad saw Diangkat Ke Langit Dalam Peristiwa Isra Mikraj
  • Peperangan yang berlaku sepanjang kehidupan Rasulullah.
  • Cara Rasulullah berdakwah dan menarik setiap golongan untuk beriman kepada Allah.
  • Dugaan dan ujian yang di terima oleh Rasulullah dan para sahabat ketika berdakwah.
  • Cara pergaulan dan kehidupan Rasulullah dengan keluarga dan sahabat baginda.
  • Sejarah permulaan-permulaan di dalam islam sepanjang kehidupan Rasulullah s.a.w seperti:-
    • Sejarah Pembinaan Masjid Nabawi (Masjid Nabi)
    • Sejarah Permulaan Azan
    • Sejarah Permulaan Puasa
    • Sejarah Permulaan Zakat
    • Sejarah Permulaan Haji
    • Sejarah Pengharaman Arak

dan pelbagai lagi kisah buat tatapan semua umat Islam.

Buku ini sangat sesuai untuk kita mengenali lagi  Nabi kita yang akan menyelamatkan kita di padang Mahsyar nanti. Jadikan Rasulullah sebagai idola hidup kita dan jadikan sunah baginda sebagai pedoman dan panduan hidup kita. Hadiahkan untuk diri anda dan orang-orang yang anda sayangi.

Peyusun        : Ustaz Johari Yaman
Penerbit       : Nadi Minda Resources
Ketebalan     : 745 Muka Surat ( Hard Cover )
Harga           : RM 75.00
 Al-Quran Terjemahan Perkata Miracle The Reference 22 In 1

Al-Quran Terjemahan Perkata Miracle The Reference ini merangkumi 22 kelebihan dalam satu Al-Quran. Antara keistimewaan yang terdapat dalam Al-Quran ini ialah :
  • Terjemahan setiap perkataan.
  • Disertakan dengan panduan hukum tajwid berwarna.
  • Terjemahan ayat penuh bagi setiap ayat.
  • Tafsir At-Tabari ( merupakan tafsir yang paling lengkap ,paling tua dan paling popular dikalangan ulama terdahulu dalam membuat rujukan.
  • Tafsir Ibnu Kathir ( merupakan tafsir yang agung dan paling banyak tersebar dikalangan kaum mulimin masa kini).
  • Hadith Sahih Bukhari Dan Muslim ( merupakan penjelasan lain bagi menguatkan pemahaman berkaitan dengan ayat-ayat yang ditafsirkan).
  • Doa Dan Zikir
  • Asbabun Nuzul (Sebab-Sebab penurunan ayat al-Quran).
  • Asma al Husna ( Huraian dan penjelasan mengenai 99 Nama-nama Allah Yang Mulia).
  • Sirah Nabawiah
  • Atlas Perjalanan Dakwah Nabi Muhammad saw ( Disertakan dengan peta perjalanan Rasulullah saw)
  • Zikir Al-Ma’surat
  • DVD Totorial Kaedah Pembelajaran Hukum Tajwid
Penerbit    : SYGMA Publication, Indonesia
Harga        : RM 180.00
Buku Indahnya Hidup Bersyariat

Buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan sebuah buku yang terlaris keluaran daripada Penerbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Buku ini merupakan sebuah buku yang sangat sesuai dijadikan sebagai panduan buat diri sendiri mahupun sebagai rujukan seisi keluarga khususnya dalam bab Fardu Ain dan Fardu Kifayah.
Kandungan yang terdapat dalam buku ini merangkumi semua syariat bermula daripada:a) Syariat Ketika Kelahiranb) Fardu Ain Kanak-Kanakc) Penekanan Terhadap Pendidikan Remajad) Hukum-Hakam Dalam Urusan Mualmalat ( Jual-Beli )e) Bab Munakahat ( Nikah Kahwin Dan Perihal Rumahtangga )f) Amalan-Amalan Zikir, Doa dan Adab. Semua ini bersumberkan daripada Al-Quran dan hadith sahih.Teknik yang disampaikan dalam buku ini juga dibuat secara ringkas dan lengkap dengan gambar rajah, carta dan ilustrasi yang sebenar bagi memudahkan lagi pemahaman pembaca.Penyusun : Dato Ismail Kamus & Mohd.Azrul Azlen Abd.HamidKetebalan : 308 M/Surat ( H/Cover )Harga       : RM 55.00

Buku Furu’ al Masai


Furu’ Al Masail merupakan sebuah kitab yang yang telah dikarang oleh Sheikh Maulana Daud Bin Abdullah Al-Fathani , seorang ulama nusantara yang tersohor.  Kitab tersebut telah disusun semula oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh semua golongan. Ini kerana tulisan  yang digunakan dalam kitab asal ialah tulisan jawi lama. Buku ini mengupas pelbagai topik dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi:
a) Aspek-Aspek Ibadah ,
b) Munakahat (Perkahwinan),
c) Muamalat (Jual -Beli )
d) Jinayat.
Dalam buku ini merangkumi dua bahagian iaitu bahagian Usuluddin dan Fekah. Yang menariknya ,isi kandungan yang terdapat dalam buku ini mengupas tentang sesuatu perkara itu dalam bentuk persoalan dan jawapan yang akan diberikan adalah merujuk daripada sumber Al-Quran dan hadith Nabi saw.
Penerbit       : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga          : RM 75.00
Ketebalan    : 763 M/Surat ( H/Cover)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s